Monday 16 December 2013

Jeng Jeng Jeng^^

Hollaa ..
Assalamualaikum^^
HAPPY HOLIDAY U'ALL





Fuhh fuhh fuhh*tiup habuk dekat sini . Jauh jauh sikit nanti masuk mata . Anis tak tahu ye ! Hahah . Tak delah gurau ajee . Awhh setelah sekian lama anis tak update blog , akhirnya 'ter'asa rindu pulak nak update blog . hahaha . Sabar je lah . Nipunn tengah blank tak tahu nak buat entry pasal apa pulak .. Hahaha , last last ambik je lah tajuk holiday ni . So go on je lah ye , hahah . Nasib lah kalau entry ni tak berapa nak best sangat , almaklumlah yg tukang type nya pun otaknya tgh centuu centuu . So layan je lah . hahah . 
Cehh dulu punya countdown bila nak mula cuti , hamekkaw .. bila da cuti semua lupa nak countdown back to sekull . Hhahah xD Lumrah weh lumrah tak nak pergi sekolah . Hahah , :D Tapi apa boley buat , Allah suruh kita tuntut ilmu kenn~ Takkan kita nak ingkar perintah Allah . So jangan malas malas , ! Ehh kita nak cakap pasal holiday bukan pasal sekolah , ishh potong mood betul , haha . Lek2 ! Cuti-cuti jugak , semua benda kena jaga kan ! Kesihatan lagi lagi . Hahaha , Cikgu anis cakap jangan bazerkan duit hanya untuk gadget , Hishh tak patut*anis pun sama . Jangan tengok tv aje , online manjang , haha tolong lah sikit mak ayah dekat dapur tuuu , ahhah . Kalau nak jadi orang bagus , buat satu jadual time cuti . Hahha , tak adalah waktu tersia aje , kan ? Gembira2 jugak , Cuti2 jugak .. Jangan lpa baca Quran :D Pergi majlis ilmu , semakin bertambah ilmu kita , semakin banyak yang perlu kita tahu . Haha . Anis tak kata cuti ni tak boleh tgok tv semua tuu , boleh sangat lah kan . hahha . Cumeee dikawal aje . Tak gituuw mak jemah . Hahahhah . Cuti ni mesti ramai yang pergi holiday , hahah . enjoy your holiday . Baru baru ni Anis ada pergi langkawi dengan batch Anis :) Seronok gila okeyh ! Hahaha . Naik bas sesama , ferry sesama , duduk motel sesama*lain bilik la , shopping sesama , semua sesama :) Hahahah , best lah yang penting dapat hadiah towel kuning hahah , jangan marah siapa yg bgi ni . Hahaha . :) Dah lahh , nahh tengok gegambar ni ^^!


_______________________________LANGKAWI MEMOIR_________________________________


shopping , roomate bilik C :*

penat shopping lagi , hahha

Kilim Geopark , Gua Kelawar . :)

Syaza Amira , bestfrend ^^
-cable car-

me , haha cable car . Muka gayat --'

Otw turun , hahah always gayat~

Onda last day , air terjun durian berangin .

Hahah campak campak batu jummms !

Babaii , Assalamualaikum ^^!

Saturday 14 September 2013

Kita bersaudara

KITA BERSAUDARA :D

Assalamualaikum :)
Sudah lama rasanya hamba Allah yang sorang ni tak update blog..biaselah busy kan.Tapi tak pe , sekarang alhamdulillah Allah bagi anis kesempatan tuk update, ekceli sebelum ni pun ade kesempatanyya .. cumee malas jerr , haha xD Comelnya kanak2 Arab dekat atas tu , Subhanallah! Ehh kesitu pulak kita , sebenarnya hari ni anis nak bincangkan dengan enta enti semua tentang tajuk tuuu , nak tak ? jommm . ! kita bersaudara ....
Apa agak-agaknya eaa , haha
K , sekarang nak tanya lah .. adakah orang Islam dekat Mesir , Syria , Palestine tuu saudara kita ke ? Yee kita bersaudara , saudara seagama(Islam)
Tapi , apa yang kita lakukan bila kita tengok mereka sebegituu .? Mereka menderita , diseksa dengan kejam , kelaparan , kesakitan .. nothing .. Hati kita sedikit pun tak terdetik rasa simpati pada mereka , padahal mereka saudara kita .. tak patut kan ? Apa yang kita buat ?...... kita lalai dengan duniawi , solat tinggal , mengumpat , nauzubillah . 
apa rasa , kalau musuh ketat kita dekat sekolah tetiba carik pasal dengan kawan baik kita . ditampar , disepak .. Apa yang kita buat ? Ehh da semstinya lah kita cuba pertahankan dia , bak kata orang jawa backup kawan baik kita tuu . bandingkan , apa yang kita buat dekat saudara kita ? Kita pandang sebelah mata je kan ? betul tak ? tah tah pasal apa yang berlaku kat sana pun kita tak tahuuu .. kesian kita kan , saudara sendiri pun tak tahuu . ehh makwe pening kepala pun da risau .. ni lagi , kena bedil , kene bom .. tak risauu punn .. tak sedih punn . kerasnya hati kita .. selagi kita bersaudara dengan mereka , wajib kita tolong mereka .. kalau tak boleh tolong perang , doa kan boleh ? Mudah kan , haa , ! anis nak kongsi satu benda lah .. jomm kita amalkan qunut nazilah .. nnti anis ltk doa tuu kat bwh eaa :) 
dalam mereka sedang menderita , kita sibuk ke rumah terbuka .. nampak ? perbezaan kita dengan mereka . Tapi apakan daya , dalam kederitaan yang mereka alami , mereka masih lagi berasa gembira utk berjuang . kerana apaaa , kerana mereka nak pergi ke Syurga Terbuka Allah ! Allahu Akbar !!  Apa yang anis nak kata , betul lah kata seorang ustaz anis ni .. "cuba bayangkan kalau kita ditempat mereka , adakah kita masih berkeras mahu solat .?. berpuasa ? melakukan amal jariah seperi biasa ? " bayangkanlah , hati sy berkata ... kalau dalam keadaan selesa macam ni pun kita dah tinggal solat , macamana lah nnti seandainya negara kita pulak yang macamtu .. nauzubillah .. ya Allah tetapkan lah hatikuu ! haha , anis pun tak tahu lah ni kena dgn tajuk ke takk . :) 
nampak takk ?  
assalam ^^

Tuesday 26 March 2013

I ♥ Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..^^
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat Islam yang kita ada sekarang.




Ya Allah , kau bimbinglah hati ini supaya terus beristiqomah melaksanakan perintahMu .

Wahai hamba Ilahi , kita sebenarnya hanyalah insan yang lemah dan hina . Janganlah kita berasa diri kita ini terlalu berkuasa .. janganlah kita berasa diri terlalu sempurna .. Tetapkanlah pendirianmu sebagai seorang ISLAM ! Tiada yang berkuasa melainkan Allah . Jadikan setiap apa yang kita kerjakan hanyalah kepada pencipta kita , ALLAH :) Betulkah kita dah letakkan cinta kita sepenuhnya kepada Allah ? Cuba koreksi diri kita , betulkah wahai hati ? Ataupun aku hanya berkata2 sahaja ? Ya Allah .. kau campakkanlah rasa cintaku kepadaMu walau hanya sebesar zarah . Betapa susahnya untuk aku merasai manisnya cinta kepadaMu .

Aku ni dah banyak sangat dosa dengan Allah .. Allah maafkan aku ke ? 

Allah itu maha pengampun .. Ingatlah ! Allah sentiasa mengampuni setiap dosa hambaNya melaikan syirik . Walau setinggi gunung pun dosa kita , InsyaAllah kalau kita sedaya upaya taubat dekat Allah ..Allah akan ampunkan dosa kita . Allah tak zalim kawan2 .. Allah sayang sangat dekat hambaNya , walaupun hambaNya selalu lupa dekat Allah . Teringat satu kisah yang ustaz saya pernah cerita ...

Nama contoh^^Siti ..
Siti ni dia bangun pagi dalam pukul 10 , tak solat Subuh .. Allah kata " Tak pe , dia akan ingat dekat Aku Zohor nanti " Dah tiba waktu Zohor , Siti sedang leka dengan komputer ribanya .. Allah kata " Tak pe , kejap lagi dia akan datang sujud kepadaKu" .. hari semakin naik , Asar pun tiba .. Siti sedang lena diulit mimpi .. Allah kata " Takpe , kejap lagi dia akan berzikir menyebut namaKu " .. Siti tidur hingga perginya waktu maghrib , masuk pula waktu isya' .. Langsung dia tidak endah dengan laungan azan yang baru sahaja didengarinya .. Allah kata " Esok mungkin dia akan ingat dekatKu " ..

Lihat.....
Betapa sayangnya Allah dekat kita ...
Selalu kita nampak dekat fb .. Allah bg 24 jam dekat kita . Takkan kita tak boleh luangkan 25 minit untuk kita bertemu Allah . Kenapa dating dengan kekasih boleh , dating dengan Allah tak boleh ? Renung2kanlah wahai hamba Ilahi .
Ya Allah , aku hambaMu yang serba hina .. Kuatkanlah Iman ku ya Allah !


Friday 21 December 2012

Syukran ya sodiqati :')

Assalamualaikum wahai sahabatsahabat sekalian , apakhabar kalian di sana ? Alhamdulillah , Allah yang maha kuasa masih memberi nikmat sihat ke atas diri kita ni .


Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri "( Riwayat Bukhari dan Muslim)
                                                    [Cerita bermula]..

Hmm entry kali ni , Anis nak cerita pasal kawan2 anis pulak. Kawan yang mana ? Alaa , kawan satu batch Anis dekat sekolah lah.Sebenanrnya ada satu benda ni yang buatkan anis rasa sedar akan kelakuan anis pada kawan2 selama ni sangat tak baik. Anis selalu buruk sangka dengan diorang , sampai menjadi benci adakalanya. Tapi ada suatu malam , Allah datangkan anis satu perasaan . Perasaan tu tak dapat nak dipendamkan seorang diri. Kita hanya manusia yang lemah , manalah tahan nak pendam sensorang kan . Jadi , anis menangis , menung aje malam tu. Tiba-tiba , Allah gerakkan hati anis untuk kongsi masalah tu dekat dua orang kawan Anis . Akhirnya , terasa ringan segala beban masalah selama ni . Semenjak dari itu , hubungan anis dengan dua orang lagi sahabat kembali rapat dan semakin erat hingga sekarang . Anis sedih sangat , kenapa selama ni orang yang anis selalu buruk sangka dengannya , tak suke dengannya .. Dia tulah yang ada tika kite tengah memerlukan seorang kawan . Tapi , alhdulilah . Malam tu , Allah bukan hadirkan seorang tapi dua . Malam tu anis rasa , bersyukur sangat . Hampir setiap hari , kawan anis yang sorang tu bagi kata2 semangat dan dorongan . Lepas cerita masalah anis tu , anis punteruslah naik dorm nak tidur . Sebelum tidur mestilah pergi tandas , rupanya dalam pada masa anis dekat tandas . Kawan anis ada letakkan satu surat bertulis atas katil anis . Walaupun isinya sedikit , tapi bagi kesan mendalam . Terusanis bersemangat lps baca surat tu . Nak tahu ke apa isi surat tu ? Ni dia ..
" Anis , walaumacamana sekalipun . Kitaorang tetap sayang anis . Uhibbuki lillahitaala . Ingat , Allah tak akan menjadikan satu kisah yang siasia."
Sedihkan , lihatlah . Betapa untungnya dapat kawan yang macamtu dan betapa ruginya kita sebab selama ni kita memperlekehkan dia . Dan itulah sebenar benarnya yang dikatakan sahabat. apa maksud sahabat sebenarnya kawan2 ? Sahabat ialah dia yang mengingatkan kamu kepada Allah swt . Itu sebenarnya apa yang dikatakan oleh nabi kita , muhammad saw . Sahabat yang memimpin kita ke arah kebaikan . 
dan seperkara lagi yang ramai terlepas pandang,adalah kelemaham kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang . Semestinya apabila bersahabat dengan manusia , maka akan muncullah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia .Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik .Maka beitu jugalah sahabat kita . Adakalanya turun dan naik .
Ada masanya dia manis dengan kita ,Dan semestinya ada masa dia pahit dengan kita . Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia kurang melayani kita . Begitulah pasang surutnya .
Kerana itu , mengharap pada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan . Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan pada sahabat kita . Melengkapinya . Memenuhinya . Dan menjadi yang terbaik buatnya .
Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita , untuk membantu memenuhi kekurangannya, sampai bila pun kita tak akan menjumpai ukhuwah yang manis , yang mampu membawa kita ke syurgaNya .
Jadi , marilah kita bermuhasabah..
Makna ukhuwah ini bukanlah satu perkara yang mudah .
Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah swt
Sekian , :') Nukilan saya sendiri . 

Monday 10 December 2012

Saya berubah , kenapa ?


  • Assalamualaikum , kef halukum ? ^^
  • Alhamdulillah , ana bekhair .  

Alhamdulillah , petang semalam sempat juga akhirnya bertanya khbar dengan kakak saya, Iman. Dia orang jauh , biasalah.Taw jazaer dekat mana ?Haaa , tulah tempat tinggal dia. Rindunya time saye bersua muka dengan dia.Dengan izin Allah , dapat jugak akhirnya. Adalah dia kata dia rindu dengan ahli Group dia ,Al-Farahidiy.Ehhh ssetop setop , tajuk kite kali ni bukan pasal dia actually. hahah:D 

            Air dicincang tak akan putus , semoga kita bertemu di Jannah ya ukht :)
Kk , sekarang baru nak mula ceghita ni.Cepat sediakan mata untuk baca cegita saye dari kiri ke kanan.Adeke yang bace kanan ke kiri? Ataupun atas tengah ke ..... kirikanan. Lalala, :D Ehh gelakgelak ni dah tengok tajuk belum?Laaa awat tak tengok lagi , ni yang letih ni . Tengokk cepat!!,gaya ibu tiri tak? Takut lettew , ececehhh . Setelah kalian jojolkan mata tengok tajuk post ni , apa yang terbayang dalam benak pemikiran kalian?Tak de pape ? --' Hampehh lah . Cepatt ah cakap, Tolonglah bagi kerjasama sepakat membawa berkat. Hahah , ehh tak da lah gurau jee . Domakkk , k . Tajuk saya ialah , tentang perubahan yang berlaku ke atas diri saya setelah setahun menjadi pelajar yang digelar Pelajar Tahfis Sains Ohh bangganya disebut macamtuh ,. :3 act tak langsung. Banyak sebenarnnya perubahan yang sangat drastik , smpai orang keliling pun terkejut gaya jemahjemah lain terkejut. haaha. Antaranya:


  1. Cara pemakaian saya dah lain gilergiler berbanding dulu,bapak lain ahh . kalau dulu .. keluar pakai selendang + t-shirt lgn pndek + seluar jeans . ohh kelihatan dah cukup okke,Tapi tu bukan kehendak syara'. Okke sekarang sya keluar pakai baju muslimah + seluar slack + stogan + stokin + tudung bidang 60 . wowwww ! Drastik kenn , tapi sebenarnya tu lah cara pemakaian yang sebetul betulnya. 
  2. Cara pergaulan ? Errr tak pasti lah ,. Macam sama je , tapi sedaya upaya mengetatkan sikit pergaulan dengan pihak bukan muhrim.hee:) 
Err tu je kodd , kalau ada nanti anis tambahtambah lah , hahah . Tapii sori dekat IzahNajahSallam sbb gaya post ni macam tiru dia . Tak peee dia baik sangat .Ehhh , esok kite da balik asrama , ohh no !! korang suke kan kitee balik asrama ni , oo takpetakpe .. Tak nak kawan , jangan singgah blog ni lagi . heheheh :D Hari ini saya mengishtiharkan bahawa pada hari ini tanggal 10 Desember 2012 telah saya gunakan internet semaximumnya. Ngeh2 , balas dendam . macam tu lah gayanya . sape nak taww kita bercuti dekat mana ? Ehh mana tau? Stalker^^ Yeahh pergi Cameron Highlands dengan Penang :) nak gambar ? jap ehh ...alaaa , sorry . Gambar dekat tempat lain . heee , fiuhhh :) lega. tak puas hati ke ? meh hadap facetoface. *TROLLED FACE. klah , rasanya da cukup panjang lebar dah ney . Eyh jap2 , nak jadi mcm cikgu sekolah rendah jap,*time last perhimpunan . " Murid2 , ingat lagi tak apa yang guru besar cakap tadi ? Yang pertama ? __________ !! Kedua? (murid garu kepala cube nak ingat balik) ape ni , baru sekejap dah lupa . hahahah. Kalian ingat lagi tak apa yang saye ceghitee ? Ingat / Tak ingat --'
It's okke lah , hahha :) Bubyye semua . Salam.